BORANG TEMPAHAN

NAMA
EMEL
NYATAKAN TEMPAHAN
ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN/PENGEPOSAN
NO.TELEFON
BAYARAN INGIN DI BUAT DI: MAYBANK
CIMB BANK

Form provided by Freedback.

Monday, November 9, 2015



PETUA HILANGKAN BENJOL

1. Daun jarak dan abu dapur :
Untuk merawat dahi yang benjol akibat terhantuk, ambil beberapa helai daun jarak dan bungkus bersama abu dapur yang sederhana panas. Tekap pada bahagian benjol sehingga hilang panas abu. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.

2. Asam jawa dan garam :
Segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. In Shaa Allah... dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis dan kemudian hilang.

3. Air panas :
Cepat-cepat tuam dengan air panas atau letak minyak panas kat benjol tu..

4. Bawang kecil/halia :
Ambil bawang kecil / halia dan tonyohkan kat benjolan tu. Agak sakit tapi berkesan.

5. Daun sirih dan minyak masak :
Ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol. In Shaa Allah, ia akan surut secara perlahan-lahan.

6. Ais batu :
Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.
selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas.

Selamat mencuba...

1 comment: